Pandangan Tentang Seks Bebas

Pada zaman modenisasi ini, perlakuan seks bebas merupakan sesuatu yang agak umum di kalangan masyarakat. Seks merupakan desakan reproduktif yang semula jadi bagi seseorang untuk memulakan satu keluarga dan juga tarikan seksual yang biasanya dikongsi di antara satu pasangan. Perlakuan seks bebas ialah pergaulan seks tanpa mengira pasangannya. Seks bebas merupakan aktiviti yang tidak sihat kerana ianya membawa banyak implikasi yang negatif. Persoalannya, apakah yang mendorong orang ramai terjebak dalam perlakuan seks bebas ini?

Punca-punca seks bebas
Antara punca-punca utamanya ialah pengaruh budaya barat. Remaja pada zaman ini berpendapat bahawa budaya barat adalah lebih canggih dan lebih moden. Oleh itu, pengaruh budaya barat yang berfikiran terbuka merupakan dorongan kepada remaja hari ini untuk menjalin hubungan seks bebas. Perasaan bangga terhadap kelakuan tidak bermoral ini menyebabkan mereka terbawa-bawa dengan budaya barat sehingga melupakan diri dan didikan agama. Selain itu, dorongan dalaman dalam jiwa seseorang juga merupakan faktor yang menyumbang kepada gejala keruntuhan akhlak ini. Bagi seorang remaja yang normal, dia akan mempunyai tarikan seksual terhadap jantina yang bertentangan dan akan terdorong untuk menjalinkan hubungan seks.

Berdasarkan Berita Harian, laman web lucah yang mudah dilayari turut menyebabkan pergaulan seks bebas meluas di hari ini. Kadar laman web lucah yang serendah 15 sen sehari ini menggalakkan ramai remaja terjerumus dalam dunia lucah yang kemudian hari menyebabkan peningkatan seks bebas. Menurut Suruhanjaya dan Multimedia Malaysia, daripada 25 laman web lucah yang terkemuka, hanya 2 yang dapat disekat. Hal ini juga jelas menunjukkan bahawa pencipta web laman lucah ini semakin berleluasa.

Contoh kes seks bebas
Salah satu daripada kes-kes akibat perlakuan seks bebas adalah seperti kejadian yang berlaku di England kebelakangan ini, seorang gadis yang bernama Chantelle, berumur 15 tahun telah didapati mengandungkan anak seorang remaja, Alfie yang berumur 13 tahun. Hal ini agak menggemparkan kerana mengikut statistic di England, Alfie merupakan ayah yang paling muda in Britain. Apabila ditanya oleh media, “Apakah yang menjadi sumber kewangan bagi anda menampung keluarga ini?” Alfie dengan sambil lewanya menjawab, “Apakah itu kewangan?” Dari hal ini, bolehlah kita perihalkan betapa naifnya remaja kini dan bagaimana mereka mentafsir kepentingan masa hadapan mereka. Mereka membuat perkara dengan terburu-buru tanpa mengira betapa berat beban yang akan dipikul kemudian hari. Selain itu, hal ini juga amat mengejutkan kerana selepas bayi tersebut dilahirkan, muncul lagi beberapa remaja yang berumur dari 13 tahum sehingga 16 tahun yang mengakui diri masing-masing sebagai ayah kepada anak yang baru dilahirlan. Ada yang mengaku mereka pernah menjalinkan hubungan seks dengan Chantelle setahun sebelum anak tersebut dilahirkan, sesetengah pula bersuara yang mereka adalah ayah kepada anak tersebut tetapi mereka berharap hal itu tidak benar kerana mereka tidak mahukan anak pada usia yang muda ini. Hal ini dijadikan topic perbualan orang ramai dan demi mencari kepastian, bayi tersebut akan dibawa untuk menjalankan ujian DNA untuk mengesahkan ayah kandungnya. Hal ini mudah menjelaskan seks bebas di antara remaja bukan sahaja menyebabkan hadapan mereka musnah dalam sekelip mata, maka juga menjadi buah mulut orang ramai serta menjatuhkan maruah diri dan keluarga masing-masing.

Contoh kes pembuangan bayi
Pada masa ini terdapat kira-kira 40 peratus kehamilan tidak dikehendaki berlaku setiap tahun yang mana daripada jumlah ini 60 peratus akan digugurkan sama ada secara haram ataupun tidak. Pengguguran juga dilakukan untuk pemilihan jantina yang mana sekiranya janin yang dikandung bukan jantina yang dikehendaki, janin ini akan dibuang atau digugurkan. Biasanya, pengguguran haram banyak dilaporkan dilakukan oleh golongan remaja atau wanita yang hamil akibat melakukan hubungan haram. Pada tahun 2005, seorang bayi dijumpai berada di dalam beg di tapak pesta ria di Muar. Bayi tersebut ditemui oleh seorang pemandu lori yang berada dalam perjalanan menghantar barang di sebuah kilang berhampiran. Pemandu lori tersebut berkata bahawa dia berasa terkejut apabila beg yang dikutip itu, disangkanya wang tunai bergoyang. Apabila dia membuka zip beg itu, dia terperanjat kerana di dalam beg itu terdapat seorang bayi yang masih bernafas. Dia kemudiannya menghantar bayi tersebut ke hospital berdekatan. Bayi tersebut dikatakan baru dilahirkan berdasarkan tali pusatnya yang belum di potong.

Pandangan Tentang Seks Bebas dari segi Egoisme
Pandangan Tentang Seks Bebas dari segi Eksitensialisme
Pandangan Tentang Seks Bebas dari segi Islam
Pandangan Tentang Seks Bebas dari segi Buddha
Kesan-kesan seks bebas, pengguguran dan pembuangan bayi
Pengguguran dan pembuangan bayi

4 comments:

CandiceIceY said...

Awesome post! Thank you so much.
This help me alot on my moral assignment~

passerby said...

Great post. This post will make ppl think of de consequences b4 they hav sex. moral assignment... lol

Anonymous said...

nice blog....thank you

Anonymous said...

thanks ~
help me a lot in asgmt ^^
tq!

Free Ads